Sistem RPH Online ini DIIKTIRAF SEBAGAI INOVASI:
Johan Pertandingan Aplikasi Sistem/Mobile AKICT 2017 Peringkat Negeri anjuran JPN Perak
Johan Pertandingan Aplikasi Sistem/Mobile NUCEL 2015 Peringkat Kebangsaan anjuran UPSI, Tanjung Malim Perak
Anugerah Pingat Emas INDES 2015 Peringkat Antarabangsa anjuran UiTM Seri Iskandar, Perak.
Anugerah Pingat Emas iCompex 2014 Peringkat Kebangsaan anjuran Polimas Jitra, Kedah.
Anugerah Pingat Perak ITC 2013 Peringkat Negeri Perak sempena Hari Guru Negeri Perak 2013 di MRSM Felda Trolak, Perak.
Anugerah Pingat Gangsa EduiNeri 2013 Peringkat Antarabangsa di UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Finalist MSC Malaysia APICTA 2015 Best of eInclusion & eCommunity
Keynote Speaker untuk On-Floor-Seminar Platform 3 Digital Education Show Asia (DESA) 2015 di KLCC.
Aplikasi Versi Android / iOS:
Google Playstore: App RPHOnline v4.0 (Link Google Drive)
Google Playstore (Sejak 2015): App MyRPH Online Projek dengan MDEC)
Apple Appstore: App RPHOnline v4.0 (belum dibangunkan)
Sistem Rancangan Pengajaran Harian (RPH Online) atau E-Buku Ringkasan Pelajaran/Ringkasan
Mengajar melibatkan penulisan rekod mengajar dan pengesahan rekod dibuat secara
atas talian. Inovasi cekap tenaga dan mengurangkan penggunaan kertas di sekolah-sekolah.
Sistem ini telah dipamerkan di Pameran Inovasi Pendidikan di SMK Hutan Kampung,
Alor Setar Kedah sempena Perhimpunan Guru Muda Zon Utara pada Februari 2013,
Pameran Hari Guru Negeri Perak di MRSM Felda Trolak, Sungkai Perak sempena
Hari Guru Negeri Perak 2013 pada Mei 2013, Pameran Edu-InERi di UPSI Kampus
Proton City pada September 2013 sempena International Exposition Research
and Innovation in Education 2013, Majlis Anugerah Inovatif Perak di Hotel
Taiping Perdana pada November 2013, Pameran iCompex'14 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra Kedah sempena National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014 dan Pameran INDES 2015 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Perak sempena 4th International Invention Innovation and Design Exhibition.
Sistem RPH Online ini juga telah dibentangkan di Digital Education Show Asia (DESA) 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 15 Jun 2015. Inovasi ini dibentang oleh pencipta inovasi, Encik Azharul Faiz bin Zainal Abidin untuk Platform 3 DESA 2015 (Learning Platform) dalam On-Floor-Seminar. Sistem ini turut dibentang di Penghakiman (Judging) MSC Malaysia APICTA 2015 dalam kategori Best of e-Inclusion & e-Community di PIKOM, Empire Damansara pada 3 September 2015.
Sistem RPH Online versi PHP/MySQL ini telah memenangi Tempat Pertama Pertandingan Pembinaan Sistem Aplikasi/Mobil AKICT2017 (Peringkat Negeri Perak), Tempat Pertama Pertandingan Pembinaan Sistem Aplikasi/Mobil NUCEL2015 (Peringkat Kebangsaan), Anugerah Pingat Emas Pertandingan INDES2015 (Kategori ICT Peringkat Antarabangsa), Anugerah Pingat Emas Pertandingan iCompex'14 (Kategori Sekolah Peringkat Kebangsaan), Anugerah Pingat Perak Pertandingan
Guru Inovatif Negeri Perak 2013 (Kategori ICT Peringkat Negeri Perak) dan Anugerah Gangsa Pertandingan Edu-InERI 2013
(Kategori Sekolah Peringkat Antarabangsa).